Tuesday, November 23, 2010

TARGET BABY GT DAPAT BABY KERAPU

Trip untuk merasa sentapan dari baby GT di Penyabung yang terkenal itu menyaksikan kegagalan memburu spesies itu ini disebabkan oleh keadaan air yang kurang memuaskan menurut tekong di situ, namun kami di hiburkan oleh baby kerapu dan todak yang sering memutuskan shock leader..hampeh tul lah.Namun saya dapat menimba pengalaman dari pro-pro caster yang tak segan - silu menurunkan ilmu.Epi,Kunyit dan Izzy antara caster-caster yg berpengalaman memburu baby GT di sini saya pula baru fist time berkunjung ke sini.Setibanya saya pada pukul 7.00am di tepi jeti Penyabung selepas memandu seorang diri dari Johor Bahru membuat saya terpaku melihat panoramanya yang indah tepian pantai putih bersih,lautnya yang membiru serta dihiasi pulau- pulau kecil yang bertaburan.
Setelah Izzy tiba dari keluang barulah Epi dan Kunyit tiba lalu kami bersarapan serta membeli sedikit bekalan makanan untuk trip 12jam mengelilingi sekitar pulau-pulau kecil yang banyak di perairan Penyabung.
pemandangan pantai Penyabung di awal pagi...
Memunggah barang ke bot Abg Aziz yang popular di sini...
Design tu menarik ler...1 malaysia
Pemandangan yang memukau mata....
Kunyit sdg melontar gewang ke sasaran,trip yg lepas dia berjaya menaikan talang skala 5 kg di sini..syokk tu...
Izzy sedang fokus nampaknya tu...
Zoro dari Jay Bee...Angler73
Ketika singgah di salah satu pulau di kawasan ini utk beristirehat dari panas terik  sambil mengalas perut dgn bekalan yg di bawa..
Dalam usaha utk melepaskan gewang yg tersangkut...
Izzy dgn lesen baby kerapu Penyabung..
aksi yg di tunggu-tunggu...
Todak rupanya hampeh...byk gewang yg telah terkubur disbbkan spesies ini yg bergigi tajam.
Penerokaan di teruskan..Abg Aziz tekong yg pandai melayan kaki casting,bnyk gewang sangkut dia selamatkan
Epi otai Penyabung juga naik baby kerapu..kihkih
spot yg cantik tp xder sambaran..terpukau melihat pemandanganya
Izzy kena lagi...best tu
antara gewang yg di pertaruhkan..
Ahkirnya beraya juga aku naikkn baby kerapu...
sekali naik berterusan naik hehehe...
cilik jer.. oklah tu....
kali in kerapu gred A pula...yesyes..
Epi dgn kerapu tongkah...
Izzy lagi.. banyak baby jer mane mak bapak dia entah...????

sungguh mendamaikan...
Walaupun trip singkat ini hanya berjaya menaikan baby kerapu namun ia menjadi kenangan manis buat saya kerana pertama kali turun,pemandangan sekitar lubuk yang di duga amat mengasyikkan mata yang memandang dan mendamaikan jiwa yg kacau kerana kelibat baby GT yg x kelihatan.Saya pasti akan kesini lagi kerana hajat yg x kesampaian...
Buat rakan-rakan yg sudi mempelawa saya ke sini Epi,Kunyit dan Izzy terima kasih daun keladi ada jodoh pasti kita akan bertemu lagi dgn target yg menepati sasaran Insyallah....wasallam

No comments:

Post a Comment